Thursday, March 11, 2010

Hantaran Al-Quran...



Harus dibaca & renungi teladan di dalam kisah ini.....

"Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..
"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih" balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran.
Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.
"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.
" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
"Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum. "Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
"Kalau gitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.
"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel. Nabil kelihatan serba salah.. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba...
Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut.
Pak imam baru sahaja sampai. "Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta.
Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.
"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil.
Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad Surah Ar Ra'd "Apa benda nih" detik hati Nabil. "Bismillahirrahmaan i rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!!" berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala.
Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam Al-Quran.
Adik Nabil, cara bacanya seperti begini :
A'uzubillahiminnass yaitaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad.
Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al-Qurannya. Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran.
Beli Al-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad.
"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca.
Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat.
Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri.
Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya. Hari semakin cepat berlalu. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran perkahwinan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum di sisi suaminya, Nabil.


Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan: "Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong ." (An-Nahl ayat 105)

"Barang siapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)


-Berpesan-pesan sesama insan-
p/s; di petik dari kiriman email from shbat sya...sama2 kite renungi..

Sunday, February 7, 2010

6 perkara yang Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud.
"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal... "

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan... . ."


Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :


* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
*
Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
*
Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al- Quran.
*
Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
*
Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di
dalam semua hari.


Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam.

Sunday, January 31, 2010

Jaga 7 Sunnah Rasul





"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Wednesday, November 18, 2009

~sama2 kiter renung2kan yer....(n_n)

Saturday, October 17, 2009

Pembaziran tanpa disedari

IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Wallahualam. .

Monday, October 12, 2009

Manusia , Malaikat , Syaitan ...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....

Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz



Manusia - Nak makan, laparlah ??

Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... .

Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..

Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!

Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..

Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?


Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..

Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan - Baru pukul berapa... rilex lah..awal lagi nieii?.


Manusia - Eh, eh..... tak boleh tengok ini, berdosa...

Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !

Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa

Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia.
.
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..


Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain

Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..

Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?


Manusia - aku telah berdosa...

Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.. .

Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .. .... (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!

Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....

Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?


Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...

Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....


****pikir2lah korang nk ikut saper erk...tp aku,msti laa nk ikut yg baik2 kan...korg mesti sama ngan pikiran aku kan....hehe(n_n)

Wassalam. .....

Saturday, October 3, 2009

Hakikat Kehidupan...

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah,
Sebelum menemui insan yang betul,
Supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,
Kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian & hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,
Yang lain akan terbuka
Tapi, lazimnya kita akan memandang,
Pintu yang telah tertutup itu terlalu lama,
Hinggakan kita tidak nampak,
Pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah,
Seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian
Dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun
Dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan
Bahawa itulah perbualan yang paling Herat
Yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai,
Sehinggalah kita kehilangannyam,
Dan juga benar bahawa kita tidak tahu,
Apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda,
Bukanlah satu kepastian yang mereka,
Akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan,
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka,
Tapi, sekiranya ia tidak,
Pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,
Satu jam untuk menyukai seseorang,
Satu hari untuk menyintai seseorang,
Tetapi,
Ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang

Jangan pandang kepada kecantikan,
Kerana boleh jadi ianya palsu,
Jangan kejar kemewahan,
Kerana ianya akan susut,
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum,
Kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman,
Untuk mencerahkan hari yang suram.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda,
Teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin,
Menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
Pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui,
Dan jadilah apa yang anda inginkan,
Kerana anda hanya memiliki satu kehidupan,
Dan satu peluang,
Untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup,
Untuk membuatkan diri anda menarik,
Percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat,
Kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan
Dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,
Jika anda rasa ianya menyakitkan anda,
Fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia,
Tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik,
Mereka hanya membuat yang terbaik,
Dalam hampir apa saja yang datang,
Di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,
Mereka yang terluka,
Mereka yang telah mencari,
Dan mereka yang telah mencuba,
Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia,
Yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman,
mekar dengan ciuman
dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan,
Kehidupan yang lalu yang telah dilupakan,
Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna,
Sehingga anda melupakan kegagalan,
Dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis,
Dan orang di sekeliling anda tersenyum,
Teruskanlah hidup anda supaya apabila,
Anda mati nanti,
Andalah yang akan tersenyum
Dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Jadikanlah keredhaan Allah itu sebagai matlamat,
Jalannya penuh ranjau, namun tetapkanlah hati,
Sedikit kesabaran, secawan kepahitan, setinggi harapan,
Dan doa yang tak putus,
InsyAllah akan datangnya kemanisan..
Jangan hanya tahu berkata-kata,
Tapi rasailah kesakitanyya,
Baru kita kan jadi orang yang bersyukur...

Bersama kesusahan itu datangnya kesenangan..
Dan bersama kesenangan itu datangnya kesusahan...
Semoga redha Allah bersama kita.....
 

Design By:
SkinCorner