Saturday, November 22, 2008

Tips/Panduan Atasi Zina Hati


Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)
Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”
Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Friday, November 21, 2008

ketahuiLah wahai wanita......


wanita di cipta bukan daripada tulang rusuk diatas untuk memerintah
dan bukan dari tulang rusuk bawah untuk di pijak
tetapi terletaknya rusuk itu di bahagian dada dan
berdekatan dengan tangan
bermakna tangan yang membelai dan hati yang mempunyai kasih dan sayang......

Friday, October 24, 2008

~TAKUT KEPADA ALLAH~

Tersebut dlm sebuah Hadis.dari Rasulullah SAW,baginda bersabda:
"Sesungguhnya Allah menciptakan Malaikat.Sayapnya yg sebelah mencapai bumi sbhgian
timur.yg sblah lg mencapai bumi bhgian barat.Kepalanya dbawah Arasy dan kedua kakinya didasar bumi ketujuh.Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah.Ketika seorg lelaki atau perempuan drpd ummatku membaca selawat kepadaku,maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam ke dalam lautan dari Nur dibawah Arasy.Malaikat yg menyelam itu kemudian keluar dan mengibas2kan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur.drpd setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yg memohon keampunan bg org tersebut sampai hari Kiamat.

Setengah hukama mengatakan,"Keselamatan jasad terletak pada sedikitnya makan.Keselamatan roh pada sedikitnya dosa.dan keselamatan agama terletak pada membaca selawat kpd 'Khairil Anam'(MUHAMMAD SAW)".

Allah SWT berfirman
:
"Wahai org2 yg beriman,takutlah kpd Allah! Dan hendaklah (tiap2) org yg memperhatikan apa yg diusahakan besok (hari Kiamat).Takutlah kpd Allah.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa2 yg kamu kerjakan."

Sesungguhnya Malaikat,langit,bumi ,siang dan malam.Pada hari Kiamat,mrk sbg saksi ats apa2 yg dilakukan oleh manusia.Baik @ buruk,taat @ maksiat.Bahkan,seluruh anggota badan akn mempersaksikannya.Bumi memberi kesaksian bg mukmin dan zahid,seraya berkata,"Dia tlh bersolat,berpuasa,berhaji dan berjihad diatasku." Maka legalah org mukmin dan zahid itu.Ia memberikan jg kesaksian ats org kafir dan org derhaka smbil berkata,"Di atsku dia tlh musyrik,berzina,minum arak dan makan haram." Bumi itu tlh membantah pengelakannya ketika dihisab.
Org mukmin adalah org yg akut kpd Allah dan seluruh anggota badannya.sebagaimana Abu -Laits tlh berkata,
"Tanda2 takut kepada Allah itu kelihatan dlm tujuh perkara."
Pertama,pada lisannya.Dia menghindarkan drpd dusta,ghibah,menyebar fitnah,berbual kosong dan byk bercakap.Malah menyibukkan diri dgn zikir,membaca al-Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua,pada hatinya.Dia membuang masa permusuhan,kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya.Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikkan.Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:
"Hasad itu dapat memakan kebaikkan sebagaimana api membakar kayu."

Ketahuilah bhwa hasad itu penyakit hati yg berbahaya.Tidak ada ubat utk penyakit hati selain ilmu dan amal.
Ketiga,pada pandangannya.Maka dia tidak suka memandang pada makanan,minuman,pakaian atau hal2 lain yg haram.Tidak pula terpikat pada dunia.Tetapi dia tidak memandangnya dgn mengambil iktibar.Rasulullah SAW tlh bersabda:
"Barangsiapa memenuhi matanya dgn perkara haram,maka Allah akn memenuhinya drpd api pd hari Kiamat."
Keempat,pada perutnya.Maka perutnya tidak diisi brg yg haram.Itu dosa besar.Sebagaimana Nabi SAW bersabda:
"Manakala sesuap drpd brg haram msuk ke perut seseorg,maka seluruh Malaikat dilangit dan dibumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk brg itu berada didalam perutnya.Jika dia mati dlm keadaan demikian,maka tmptnya dineraka."

Kelima,pada kedua tangannya.Dia tdk menggunakan utk perkara yg haram.Tetapi hya menggunakan utk taat kpd Allah.
Dirawikan drpd Ka'ab Akhbar,dia berkata:
"Sesungguhnya Allah tlh menciptakan bangunan dri zabarjud hijau.didalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula.stiap aula terdapat tujuh puluh ribu pondok.Tidak ada yg boleh masuk ke situ,selain org yg ditawarkan brg haram,namun dia menolaknya kerana takut kpd Allah."

Keenam,pada langkah(kakinya).Dia tdk berjalan utk maksiat.Tetapi hya melangkah utk taat kpd Allah,mencari keredhaanNya serta utk bergaul dgn para ulama,dan org2 soleh.
Ketujuh,terlihat pd ketaatannya. Dia menjadikan ketaatannya semata2 utk mencari keredhaan Allah.Takut pd riak dan munafik.

Barangsiapa melakukan tujuh perkara tersebut,maka dia termasuk dlm kategori org2 yg dikatakan oleh Allah:
"Sesungguhnya org2 taqwa dlm kebun2 dan mata air(syurga)."
(Q.S. Al Hijr:45)
Seolah2 Allah mengatakan,"Sesungguhnya pd hari Kiamat mrka selamat drpd api neraka"
Dan seharusnya seorg mukmin harus berada diantara rasa takut dan berharap.Dia harus sentiasa mengharapkan rahmat Allah.Tidak berputus asa mengharapkannya.sebagaimana termaktub dlm firman Allah:
"Jangan engkau berputus asa terhadap rahmat Allah."
(Q.S. Asy Syura:28)

Dia harus sentiasa menyembah kpd Allah.Menghentikan perbuatan buruk.serta bertaubat kpd Allah.

HIKAYAT: Pada suatu hari Nabi DAud as duduk dtmpat peribadatannya.Tiba2 dia melihat ulat merah.Maka dlm hati dia berkata:"Apa kiranya kehendak Allah pd ulat ini?" Maka dgn izin Allah ulat itu berbicara seraya berkata,"wahai Nabi Allah!di siang hari Tuhanku mengilhamkan agar aku membaca 'Subhanallah Wal Hamdulillah Wala-Ilaha Illa Allah.'seribu kali.sedangkan dimalam hari Tuhan mengilhamkan agar membaca 'Allahumma Solli ala Muhammadini Nabiyyil Umiyyi Wa'ala alihi Wasohbihi Wa Sallam' seribu kali.Lalu apakah yg engkau baca hingga aku ingin mengambil faedah daripadamu?" Maka Nabi Daud as amat menyesal menghina pd ulat itu.Dia merasa takut kpd Allah,lalu dia bertaubat dan bertawakal kpdNYA.
Nabi Ibrahim Al Khalil as tatkala mengingatkan kesalahannya,berasa amat sedih dan risau hatinya.Kemudian Allah mengutuskan Jibril as dtg kpdnya seraya berkata,"Allah kirim salam kpd engkau dan berkata,"Adakah engkau melihat seseorg takut kpd kekasihnya?" Kemudian Jibril as menjawab,"Jika aku igt kesalahanku dan memikirkan seksaanNya,maka lupalah aku bhwa aku kekasihNya." Demikianlah akn keadaan para Nabi,wali,org soleh dan org2 zuhud.


p/s: dipetik dari kitab MUKASHAFAH AL-QULUB -IMAM AL-GHAZALI

Tuesday, October 7, 2008

~kebahagiaan...~

Semoga kisah ini akan menjadi ikhtibar buat kita bersama..

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar.. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.

"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab. Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.

"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama, " mereka menjawab.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, “Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang.." Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, anak perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat anak kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah.

Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.
Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau
Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, ke mana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya..

Di mana ada Kasih Sayang, di situ juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

Keistimewaan Wanita Yang Allah Kurniakan Rahim

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang '
manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib
sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga
sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan
Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga
habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan
dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk
Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat
pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak diaterima diatas segala kebaikan suaminya yang tak
disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga
tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga..

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang
isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa
anak isteri yang tak dididik dia akan tanggungditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.
Dan juga tidak derhaka kepada suaminy

Tuesday, July 22, 2008

CINTA SEORANG SUAMI.




Based on True Story..

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak .......disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .........
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya,
sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .........

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini .....
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."
S
ejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain ........bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah pak suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempatsaya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .

Sunday, July 20, 2008

keGagaHan waNita dan kEcANtikaN LeLaki






Kegagahan seorang wanita bukan kepada
pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah: -
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik,adalah: -

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,walaupun setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada walaupun dlm konflik tak berkesudahan
5) Lelaki yang baik sangka dan senantiasa memikir utk kebaikan.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa..jauh sekali mengeluh berkali2..

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.. Dan keseluruhan
kecantikan itu ada pada Nabi Muhammad
dan ianya adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Sabda Rasulullah SAW :"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al- Ahzab : Ayat 71 Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul- Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Thursday, July 17, 2008

~ pengorbanan seorg ibu~-buat renungan utk semUa-


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang
berlaku. Ibu saya
memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya
sekurang-kurangnya 8 kali
ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala
pembohongan itu untuk
dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya
lahir sebagai seorang
anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum
serba kekurangan.
Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa
hari kami terpaksa makan
berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai
anak yang masih
kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis
mahukan nasi dan lauk yang
banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu
sering membahagikan
bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi
ke mangkuk saya, ibu
berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN
IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering
meluangkan watu senggangnya
untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Ibu berharap dari ikan
hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan
untuk membesarkan kami
adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai
ikan yang segar dan
mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu
ibu duduk disamping
kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel
di tulang daripada
bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih
melihat ibu seperti itu..
Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya
memberikan ikan itu
kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu
berkata : "Makanlah
nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG
KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu
pergi ke kedai dengan
membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk
menyara persekolahan
saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang
pukul 1.30 pagi saya
terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih
dengan beremankan sebuah
pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat
kepala ibu terhangguk
kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok
pagi ibu kena pergi
kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah
tidur nak, ibu belum
mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja
supaya dapat menemani
saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan
penting. Ketika hari
sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu
terus sabar menunggu
saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan
mulutnya
terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus
ujian peperiksaan ini
dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan
ujian sudah selesai,
ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi
yang sudah disiapkan
dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak
dapat dibandingkan
dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh ibu yang
dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu
kepada ibu dan
menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan
berkata : "Minumlah
nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas
saya baru beberapa bulan
dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah
kepada kami
sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun,
membuat penyapu lidi dan
menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi
apalah sangat kudrat
seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan
susah. Melihat
keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik
yang baik hati dan
tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu
ibu. Anehnya, ibu
menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali
menasihati ibu supaya menikah
lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan
mencarikan wang untuk
kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak
mengendahkan nasihat
mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan
saya tidak perlukan
lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula
bekerja, ibu sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di
rumah. Tidak payahlah
lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari
duit. Tetapi ibu
tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi
menjual sedikit sayur untuk
memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang
bekerja jauh di kota
besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi
keperluan ibu, pun
begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang
tersebut. Malahan ibu
mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan
susah-susah, ibu ada
duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya
melanjutkan lagi pelajaran ke
peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di
sana dibiayai
sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu
saya sudahi dengan
cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat
yang telah membiayai
pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang
agak lumayan, saya
berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung
hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah
untuk kami. Hampir
seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah
kalau hari-hari tuanya
ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik
hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan
anaknya ini dengan
berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di
negara orang." –
PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam
saya menerima berita
ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah
secepat mungkin. Saya yang
ketika itu berada jauh diseberang samudera terus
segera pulang untuk
menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring
lemah di katil
hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang
kelihatan sangat tua,
menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu
menghadiahkan saya sebuah
senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan
sakit yang menjalari
setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas
betapa seksanya
penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu
menjadi terlalu lemah dan
kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air
mata. Saya cium tangan
ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat
itu hati saya
terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan
seperti ini. Tetapi
ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis
nak, ibu tak sakit." –
PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu,
ibunda tercinta menutup
matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda
boleh memeluk dan
menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh
menelefonnya
sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi
tidak saya. Sehingga
kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana
biarpun saya
mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak
pernah sekalipun saya
membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah
saat ibu menghembuskan
nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. SAYA SAYANG IBU….…

dOa seOrang KekaSih...('',)


Oh Tuhan,
Seandainya telah kau catatkan dia milikku,
Tercipta untuk diriku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan Ya Allah,
Ku mohon apa yang telah kau takdirkan,
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku,
Kerana engkau tahu segala isi hatiku,
Peliharalah daku dari kemurkaanMu Ya Tuhanku,
Yang Maha Pemurah,
Beri kekuatan jua harapan,
Membina diri yang lesu tak bermaya,
Semaikan setulus kasih di jiwa,
Ku pasrah kepadaMu,
Kurniakanlah pasangan yang beriman,
Bisa menemani aku supaya ku dan dia dapat melayar bahtera ke muara cinta yang engkau redhai Ya Allah,
Engkau sahaja pemeliharaku,
Dengarkan rintihan hambaMu ini,
Jangan engkau biarkan ku sendiri,
Agarku bisa bahagia,
Walau tanpa bersamanya,
Gantikanlah yang hilang,
Tumbuhkanlah yang telah patah,
Ku inginkan bahgia di dunia dan di akhirat,
PadaMu Tuhan ku mohon segalanya…

Tuesday, July 15, 2008

kiSah m'Cari paSanGan(>_<)


Ini kisah perjumpaaan dua orang sehabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe.Awalnya topik yang
dibicarakan adalah soal2 nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.

"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya.Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru akutahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.

Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita ,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.

Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.

Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya".

"Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?".

Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".

Kesimpulan : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ? .... Nobody's perfect. Jadi jangan menyia-nyiakan apa yang sudah ada di hadapan kita ,belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang kita ada sekarang. Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain.

Sunday, July 13, 2008

iStiMeWa tiaDa dUa




Di mana letaknya Sebuah cinta yang sejati Cuma sementara Tiada yang abadi Diriku tersisih Menagih sebutir harapan Selalu merintih Namun tiada jawapan Lalu ku beralih arah Temui kasih tiada bandingan Yang satu selamanya Ya ALLAH…. Di mana hilang sebuah cinta sejati Ku mencari kasih tulus suci Ku bahgia KAU selalu menemani Kala hatiku sunyi…. Ya… Ya Rahman.. Ya Rabbi…Ya Allah Ya Rabbi…Ya Allah Ya Rabbi…Ya Allah Ya Allah….
 

Design By:
SkinCorner